Putrajaya selaraskan harga ubat

Putrajaya dalam peringkat akhir mengenal pasti kaedah penyelarasan harga ubat bagi memastikan ia pada kadar berpatutan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Ekonomi, Saifuddin Nasution Ismail.

“Kementerian Kesihatan sedang menyenaraikan jenis-jenis ubat, yang dia nak letakkan kadar harga, harga berpatutan.

“Menteri Dr Dzulkefly Ahmad sedang meneliti, nanti dia akan buat pengumuman,” katanya pada sidang media selepas pelancaran i-Keep di Pantai Dalam, Kuala Lumpur hari ini.

“Saya difahamkan bahawa Kementerian Kesihatan dalam peringkat akhir menentukan mekanisme untuk menyelaraskan harga ubat,” tambahnya.

Pada Nov 2018, Dr Dzulkefly mengumumkan bahawa harga ubat akan dikawal melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

Saifuddin berkata, kementeriannya, dengan 2,300 pegawai penguatkuasa, akan menjalankan penguatkuasaan untuk mengawal harga ubatan sebaik kawalan harga itu diperkenalkan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73967

Posted by on Sep 2 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE