Putrajaya tekad jelaskan isu dengan lebih baik

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan akan menjelaskan isu dengan lebih baik kepada orang ramai selepas belajar daripada pengalaman dalam menangani isu Icerd dan penglibatan dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menerusi Statut Rom.

“Pertamanya, mungkin kita boleh berkomunikasi dan menjelaskan lebih baik kepada orang ramai.

“Dan kedua kita juga menghadapi orang yang memanipulaiskan fakta dan mereka tidak menjelaskan perkara sebenar mengenai Icerd dan ICC.

“Dan manipulasi fakta itu menjurus kepada kekeliruan dan kadang-kala menakut-nakutkan (orang ramai),” katanya pada sidang media di Wisma Putra, semalam.

Pada 5 April, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai ICC yang telah dimeterai negara.

Mahathir berkata keputusan itu diambil berikutan kekeliruan ditimbulkan sesetengah pihak dan bukan disebabakn Statut itu membahayakan negara.

Sebelum ini dilaporkan, empat ahli akademik menyediakan kertas kerja yang dikatakan digunakan untuk meyakinkan Majlis Raja-Raja Melayu agar menolak ratifikasi statut berkenaan.

Katanya lagi, kerajaan juga akan mengkaji semula penglibatan dalam ICC kerana menanggap isu itu sebelum ini dikelirukan pihak tertentu.

“Untuk Icerd ia telah berakhir tetapi bagi ICC kita akan lihat. Kerana kami anggap ia sebagai temberang. Sebab ada orang yang secara mudah temberang. Dan mereka kelihatan tak mampu pertahankan diri,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73354

Posted by on Apr 23 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE