Putrajaya tekal jaga kesihatan golongan B40

Putrajaya terus komited dalam menyediakan penjagaan kesihatan bagi kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40), kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Menurutnya, kerajaan akan memberi tumpuan terhadap Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang dijangka mewakili 73 peratus kematian dalam kalangan rakyat Malaysia menjelang status negara tua pada 2040.

“NCD utama adalah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan kanser…apabila anda mempunyai lebih ramai penduduk yang berusia lanjut,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Cambridge-Royal Papworth-Sunway Heart and Lung Symposium di Bandar Sunway, lapor Bernama.

Putrajaya sebelum ini memperkenalkan Skim Perlindungan Kesihatan (Peka) bernilai RM100 juta untuk 80,000 individu dalam kumpulan isi rumah B40 menerusi Belanjawan 2019.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72530

Posted by on Nov 13 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE