Rafizi: Analisis BN terhadap Manifesto Pakatan salah, berniat jahat

(Oleh Arif Juhani)

PETALING JAYA 15 APRIL: Tuduhan mengatakan Manifesto Pakatan Rakyat akan menyebabkan defisit negara melambung sehingga 13.2 peratus berpunca daripada analisis kewangan Umno BN yang salah, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak tepat, menyeleweng dan berniat jahat, Rafizi berkata, kegagalan Umno BN membidas Manifesto Pakatan kerana analisis kewangan digunapakai tidak mengambil kira dasar penjimatan Pakatan.

manifesto“Anggaran Umno BN tersasar kerana tidak mengambil dua strategi Pakatan untuk mengawal perbelanjaan dan mendapatkan nilai terbaik dari wang rakyat iaitu pertama, menghentikan perbelanjaan melampau yang diluluskan setiap tahun yang sekarang ini mencecah RM20 bilion.

“Kedua menghapuskan ketirisan dan rasuah dengan penjimatan sebanyak 10 peratus daripada RM205 bilion perbelanjaan di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan.

“Hasil penjimatan sebanyak RM25 bilion itu akan diperuntukkan bagi membiayai program manifesto,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Penjelasan itu selepas meneliti dokumen sulit setebal 20 muka surat bertajuk ‘Pakatan Rakyat Manifesto Rebuttals’ yang diperolehinya pada Jumaat lepas.

“Hanya tiga muka surat sahaja yang saya dedahkan kerana mahu menjadikan ‘permainan’ ini lebih menarik.

“Sepanjang minggu ini, saya akan meneliti dan menjawab seluruh dokumen ini bagi membuktikan analisis kewangan yang digunakan Umno BN dibuat atas asas dan andaian yang salah,” kata calon Parlimen Pandan itu. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50463

Posted by on Apr 15 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google