Rafizi bagi ‘petua’ p’raya pada Najib

Harga minyak diumumkan Putrajaya naik 7 sen semalam namun Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini memberikan satu ‘tips’ kepada perdana menteri untuk memanfaatkan subsidi minyak.

Naib Presiden KEADILAN itu berkata, Datuk Seri Najib Razak boleh memberikan subsidi 20 sen bagi setiap liter petrol yang dibeli pada Disember ini dan Januari depan untuk mengurangkan beban kos sara hidup ditanggung rakyat negara ini.

“Biar saya beri tip kepada Najib untuk menang pilihan raya umum ke-14. Bagi subsidi 20 sen seliter sepanjang Disember 2017 dan Januari 2018. (BN) akan menang PRU, tak ada masalah.

“Disember dan Januari ialah bulan paling susah buat rakyat, nak buka sekolah, kena bayar yuran sekolah, beli kasut.

“Saya tahu sebab orang kena beratur bayar yuran PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru),” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Rafizi lagi, Najib mencipta sejarah tersendiri apabila petrol RON95 mencecah RM2.31 seliter manakala RON97 naik sebanyak enam sen kepada RM2.60 seliter mulai semalam.

Kenaikan itu adalah kenaikan kali keempat berturut-turut sejak 11 Oktober dan adalah harga termahal berada sejak penentuan harga secara mingguan dilaksanakan bermula 30 Mac lalu.

Harga semasa petrol dan diesel negara ini ditentukan oleh harga minyak global berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kekuatan ringgit berbanding dolar AS.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70761

Posted by on Nov 9 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE