Rafizi beli saham Boustead untuk bela tentera dianiaya

(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 31 Dis: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan beli satu saham Boustead Holdings Bhd (Boustead) untuk membolehkannya mempunyai kepentingan bagi pihak bekas anggota tentera yang mencarum dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Ini berikutan Boustead tidak membenarkan pencarum LTAT menyemak dokumen perjanjian jual beli tanah dan syarikat milik Deepak Jaikishan dan Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Raja Abdullah bernilai RM160 juta.

“Boustead adalah milik LTAT. Pencarum LTAT, iaitu bekas anggota tentera ada hak untuk periksa dokumen.

“Selepas ini saya akan jadi pemegang saham Boustead. Kita akan semak perjanjian dan berusaha untuk hentikan pembelian gila menggunakan duit pencen tentera,” tegas Rafizi.

Terdahulu, lobi Menara Boustead di Jalan Raja Chulan kecoh apabila seorang pegawai syarikat berkenaan berkata, LTAT tiada kena mengena dengan Boustead.

Menurut pegawai tersebut, hanya pemegang saham berdaftar syarikat itu dibenar akses dokumen syarikat berkenaan.

Ia mengundang kemarahan kira-kira 20 bekas anggota tentera diketuai Rafizi.

Mereka menunggu hampir sejam untuk masuk ke ibu pejabat Boustead itu sejak 1 petang tadi bagi menyemak dokumen perjanjian jual beli.

“Siapa kata LTAT tidak ada kepentingan dalam Boustead? Kalau tak ada LTAT dan tak ada caruman bekas anggota tentera, Boustead sendiri juga tidak wujud,” kata Presiden Kerabat Kebangsaan, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar.

“LTAT ada pegangan majoriti dalam Boustead. Kita datang cara baik, sepatutnya mereka urus cara baik,” tegasnya memaklumkan, akan mengadakan program khusus penerangan isu ini ke seluruh negara.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42095

Posted by on Dec 31 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google