Rafizi cabar Nazri debat, buktikan kepintaran

(Oleh Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mencabar Datuk Seri Nazri Aziz berdebat atau forum dan beliau sedia ‘belajar’ daripada kepintaran Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu.

“Saya sudi berdebat atau bersemuka dalam satu forum untuk belajar dari Nazri kenapa BN bertindak membebankan rakyat dengan menaikkan harga minyak.

Rafizi-Nazri“Saya pasti Nazri boleh mempamer kepintaran dengan tampil bersemuka dan biarlah rakyat menghakimi betapa pintarnya beliau,” kata Rafizi dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Nazri.

Nazri menyifatkan cabaran Rafizi agar Perdana Menteri dan Menteri Kabinet mengeluarkan belanja petrol sendiri untuk kenderaan rasmi mereka sebagai cadangan bodoh.

“Salah satu cara termudah menjimatkan perbelanjaan dana awam ialah membatal keistimewaan belanja petrol yang ditanggung rakyat yang kini dinikmati Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan pegawai kanan mereka. Ini akan mengajar mereka lebih berhati-hati dalam merancang perjalanan dan program,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.

Mengenai tindakan Nazri mengarahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat melaksanakan dahulu cadangan itu, Rafizi menyifatkan ia tidak relevan.

“Persoalan bahawa langkah ini perlu dilaksanakan dahulu di negeri Pakatan tidaklah relevan kerana rakyat membayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan, bukannya kerajaan negeri.

“Pun begitu, saya akan menulis secara rasmi kepada Menteri-menteri Besar Pakatan Rakyat agar mengemukakan langkah-langkah mengurangkan belanja petrol yang ditanggung rakyat dalam mereka menjalankan tugas,” katanya lagi.

Sementara itu ketika dihubungi, Rafizi mahu debat itu disiar secara langsung di RTM kerana ia merupakan medium rakyat.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55415

Posted by on Sep 4 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE