Rafizi dakwa hotel Felda dimiliki syarikat pesisir pantai

Naib presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan bahawa beberapa aset Felda di luar negara dipegang syarikat-syarikat persisiran pantai di British Virgin Islands (BVI).

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa hal itu berlaku sewaktu laporan audit Felda mendakwa aset-aset tersebut dipegang entiti yang didaftarkan di United Kingdom (UK).

Menurut Rafizi, laporan audit menunjukkan Grand Plaza Kensington Hotel di London yang dibeli dengan harga RM330 juta itu diletakkan di bawah FIC London Hotel (Private) Limited yang didaftar di UK tetapi ia sebenarnya dimiliki oleh sebuah syarikat luar pesisir dengan nama yang sama di BVI.

Rafizi berkata aset-aset Felda seperti Felda House Wembly berharga RM380juta dan Grand Felda Hotel di Wembley, UK yang berharga RM656 juta juga didapati dimiliki Felda dengan kaedah sama.

Dua hartanah yang diletakkan di bawah syarikat luar pesisir BVI, didaftar atas nama FIC Global Ltd dan bukanlah syarikat dengan nama sama yang didaftar di UK.

Beliau memaklumkan entiti yang didaftarkan di UK itu disenaraikan sebagai anak syarikat Felda daripada rekod awam tetapi tidak disebut berkenaan syarikat luar pesisir yang didaftarkan di BVI yang menggunakan nama yang sama.

“Kenapa Felda House perlu diletakkan di bawah syarikat yang didaftarkan di BVI yang mana pemiliknya adalah rahsia?” Soal beliau dalam kenyataan hari ini.

Rafizi menambah berkaitan dengan Felda House, ia dicaj Bangkok Bank Public Company Limited untuk pinjaman sebanyak RM60 juta bagi FIC Management Houses Pte Limited.

Anggota parlimen Pandan itu juga berkata semakan beliau mendapati FIC Management Houses Pte Limited yang menguruskan Felda House dan mengutip sewa merupakan anak syarikat pelaburan Felda iaitu Felda Investments Corporation.

Bagaimanapun, beliau mendakwa tiada rekod pinjaman FIC Management Houses Pte Limited dalam laporan kewangannya.

Rafizi menggesa Felda untuk menjelaskan pemilikan entiti BVI dan status pinjaman itu

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70654

Posted by on Oct 17 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE