Rafizi desak Putrajaya jelaskan belanja RM34 juta Ekspo Negaraku

Naib Presiden KEADILAN Rafizi Ramli mendesak Putrajaya menjelaskan belanja sebanyak RM34 juta yang berlangsung selama sebulan di Dataran Merdeka sehingga 12 Disember ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pameran yang semata-mata bertujuan untuk mempromosikan pencapaian Putrajaya menjelang pilihan raya umum itu adalah membazir ketika rakyat terpaksa menghadapi cabaran kenaikan harga barang.

“Kita nak tahu berapa kos (Ekspo Negaraku). Rakyat tak akan hargai anda belanja antara RM30 juta ke RM40 juta untuk penganjuran ini,” kata Rafizi yang memperolehi angka RM34 juta itu daripada sumber.

Menurutnya lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mesti menjelaskan keperluan dan kos Ekspo Negaraku.

Tambah Rafizi lagi, maklumat mengenai ekspo itu tidak tersenarai dalam laman web kerajaan.

“Semua tender kerajaan, malah rundingan terus harus diumumkan di laman web,” kata Rafizi.

Pameran selama sebulan yang bermula dari 15 November hingga 12 Disember ini mempromosikan projek-projek infrastruktur berskala besar yang dimulakan kerajaan.

Rafizi pada sidang media hari ini turut mengambil kesempatan memohon maaf di atas dakwaan beliau berkaitan Ekspo Negaraku semalam.

Rafizi semalam mendakwa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di bawah Rahman Dahlan, mengurniakan kontrak berjuta ringgit tanpa membuka tender kepada syarikat pengurusan acara Pico Integrated Exhibits (M) Sdn Bhd untuk menganjurkan ekspo tersebut.

Rafizi mendakwa ketua pegawai eksekutif syarikat tersebut, Raslan Dahlan adalah abang kepada Rahman – satu kesilapan yang sudah diakuinya.

“Saya bersedia untuk minta maaf kepada Raslan, tetapi bukan Rahman Dahlan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70855

Posted by on Dec 12 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE