Rafizi: Duit orang ramai biaya insentif Najib untuk peneroka

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata dana awam akan digunakan untuk menampung insentif RM1 bilion buat peneroka Felda yang diumumkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana badan berkanun itu sudah mengalami kerugian besar.

Ahli Parlimen Pandan itu membuat jangkaan tersebut berkata akaun Felda untuk 2015 yang dihantar ke Dewan Rakyat April lalu menunjukkan Kumpulan Felda rugi besar sebanyak RM1.112 bilion pada 2015.

Menurut Rafizi, Felda kerugian lebih RM1 bilion sejak 2013, setahun selepas ia menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGV) dalam pasaran saham, lapor The Malaysian Insight.

“Ia tidak boleh datang dari Felda sendiri. Rakyat malah peneroka perlu membayar (insentif) itu dalam satu atau beberapa cara lain,” katanya.

Ini mungkin berlaku dengan peningkatan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada masa depan, kata Rafizi.

Menurutnya, satu lagi pilihan lain adalah dengan menjual kepentingan Felda dalam syarikat-syarikat yang memiliki pelaburannya seperti Felda Global Venture Holdings.

“Jika Felda menjual kepentingannya dalam FGVH, ia akan mencatat kerugian tambahan sebanyak RM5.16 bilion,” kata Rafizi.

“Jika kerajaan tidak terus memberikan tambahan dana awam atau jaminan kerajaan kepada Felda, ia boleh muflis.”

Disebabkan kedudukan kewangan semasa Felda, dana awam perlu digunakan untuk membayar insentif yang diumumkan Najib.

Jun lalu, Najib mengumumkan enam insentif untuk peneroka Felda dan ahli keluarga mereka bagi meringankan beban kewangan mereka – satu langkah politik yang dilihat bertujuan untuk memastikan undi daripada peneroka sebelum pilihan raya umum akan datang.

Pakej itu termasuklah bayaran khas RM5,000 pada penghujung Ogos untuk 94,956 keluarga peneroka berjumlah RM474.78 juta dan pelbagai skim untuk menghapuskan hutang peneroka.

Ini termasuklah penghapusan hutang sebanyak RM5,000 untuk setiap peneroka yang memilih melakukan penanaman semula dengan Felda.

Sejumlah RM519 juta diperuntukkan untuk langkah ini.

Menurut Rafizi, walaupun dua insentif itu melibatkan penghapusan hutang, wang masih diperlukan untuk melaksanakannya, dan ia akan datang daripada sumber lain.

“Hutang ini perlu dilangsaikan, dengan apa juga cara. Jika Felda hanya menulis penghapusan hutang sebanyak RM20,000 untuk 100,000 peneroka Felda dan tidak menunjukkan bagaimana mereka mahu membayar hutang itu (bagi pihak peneroka), ia akan dicatatkan sebagai kerugian RM2 bilion dalam penyata pendapatan 2018.”

Sekiranya itu berlaku, ia akan memburukkan lagi kedudukan kewangan Felda, kata Rafizi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70503

Posted by on Sep 13 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE