Rafizi menang rayuan kes dedah skandal NFC

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dibebaskan daripada sabitan mendedahkan maklumat perbankan berkaitan skandal National Feedlot Corporation (NFC) tujuh tahun lalu.

Bekas anggota Parlimen Pandan itu sebelum ini disabitkan bersalah dan dihukum penjara selama 30 bulan pada Februari 2018.

Pada 7 Februari 2018, Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati, Rafizi bersalah kerana mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Pengerusi NFC, Mohamad Salleh Ismail kepada perunding media, Yusof Abdul Alim dan pemberita akhbar The Star, Erle Martin Carvalho.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat KEADILAN di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 97(1) BAFIA.

Turut disabitkan kesalahan, seorang kerani bank, Johari Mohamad, 48, yang didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) kerana bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat yang sama.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74288

Posted by on Nov 15 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE