Rafizi: Najib paling berkuasa tentukan harga minyak

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah individu paling berkuasa di Malaysia.

Menurutnya, harga petrol RON95 dan RON97 serta diesel ditetapkan secara mingguan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggunakan formula yang ditetapkan sendiri oleh kerajaan.

“Harga minyak diproses ialah harga pasaran minyak mengikut gred seperti yang diperdagangkan di Singapura dan laporan harganya diterbitkan oleh penerbitan Platts. Harga yang dilaporkan adalah di dalam Dollar AS (USD) dan perlu diterjemahkan kepada Ringgit Malaysia.

“(Mengambil kira) jaminan kos operasi dan keuntungan kepada pengendali stesen petrol dan syarikat minyak, kerajaan Persekutuan menetapkan satu kadar untuk menanggung kos operasi dan memberi keuntungan kepada pengendali stesen minyak dan syarikat minyak.

“Pada masa ini, kadarnya ialah 32 sen seliter (untuk pengendali stesen minyak dan juga syarikat minyak) bagi RON95 atau RON97 dan 23 sen seliter bagi diesel

“Manakala untuk GST (cukai barangan dan perkhidmatan) pula, kerajaan Persekutuan menetapkan sama ada bahan api seperti petrol dan diesel dikenakan GST dan berapa kadar GST yang dibayar. Oleh itu, Najib bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung dalam menetapkan harga minyak mingguan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Rafizi juga membidas kenyataan Najib Razak bahawa beliau tidak berkuasa dalam penetuan harga minyak ini sebagai satu sandiwara kerana beliau mengetahui harga minyak berubah mengikut kadar yang ditetapkan oleh Putrajaya.

“Jika kerajaan Persekutuan menetapkan kadar yang lebih rendah dari sekarang, maka harga minyak akan turun dan begitulah sebaliknya.

“Selain itu, Najib juga mengetuai pentadbiran kerajaan Persekutuan yang menetapkan bahawa RON97 perlu dikenakan GST pada kadar 6 peratus.

“Najib tahu kerajaan memutuskan untuk menghapuskan terus subsidi minyak yang selama ini digunakan untuk mengawal harga minyak dan melindungi pengguna dari turun naik harga minyak mentah dunia,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70413

Posted by on Aug 23 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE