Rafizi tak gentar diancam saman oleh menteri

Naib Presiden KEADILAN Rafizi Ramli tidak gentar dengan ancaman menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang mahu menyamannya berhubung sidang media pendedahan kontrak Expo Negaraku.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Abdul Rahman, menteri yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang merupakan penganjur ekspo.

“Beliau (Abdul Rahman) boleh bercakap dengan gah di luar, tetapi apabila masuk ke mahkamah, beliau akan ditanya dan jawapan beliau tertakluk kepada peraturan mahkamah.

“Sebab itu saya mengalu-alukan tindakannya. Saya dan barisan peguam akan bersedia dengan pelbagai soalan menarik,” kata Rafizi dalam kenyataan.

Rafizi berkata antara soalan yang perlu dijawab Abdul Rahman adalah berhubung dakwaannya yang kontrak menguruskan program itu yang bernilai RM37 juta tidak direkod dalam sistem perolehan awam.

Rafizi turut menuntut Rahman menjawab sebab ekspo itu diadakan sewaktu rakyat berhadapan kos sara hidup yang tinggi dan cukai.

“Sehingga sekarang beliau belum menjawabnya,” kata Ahli Parlimen Pandan itu lagi sambil menyifatkan tindakan undang-undang oleh Abdul Rahman sebagai cubaan mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu sebenar.

 

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70873

Posted by on Dec 15 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE