Rafizi yakin lawatan Najib ke AS bukan lawatan rasmi

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mendakwa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke White House bukan lawatan rasmi seorang ketua kerajaan seperti yang digambarkan kepada orang ramai.

Ahli Parlimen Pandan itu membuat dakwaan tersebut berdasarkan ketiadaan protokol upacara sambutan rasmi untuk menyambut pemimpin yang kini bergelut dengan skandal dana sarat hutang itu.

“Untuk membezakan sama ada sesuatu jemputan dari Presiden Amerika Syarikat itu adalah jemputan berbentuk lawatan rasmi ketua kerajaan atau tidak, kita boleh melihat layanan dan kemudahan yang diberikan.

“Jemputan yang bertaraf lawatan rasmi ketua kerajaan melibatkan, antara lainnya, sambutan rasmi semasa pesawat mendarat, majlis sambutan rasmi di White House dan penginapan yang disediakan di Blair House, iaitu rumah untuk tetamu negara,” katanya menerusi kenyataan video di Facebook.

Menurut Rafizi, maklumat yang diterimanya mendakwa Najib akan menginap di sebuah hotel milik keluarga Presiden Donald Trump sahaja dan segala perbelanjaannya tidak ditanggung oleh kerajaan Amerika Syarikat.

“Ini mengesahkan bahawa lawatan beliau bukanlah satu lawatan rasmi ketua kerajaan dan saya merasakan segala perbelanjaan sebenarnya ditanggung oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau seterusnya memetik maklumat daripada “sumber yang boleh dipercayai” dan mendakwa Najib tidak akan muncul pada sidang akhbar bersama Trump selepas pertemuan mereka.

“Maklumat saya mengesahkan bahawa pejabat Presiden Trump menawarkan untuk diadakan satu sidang media bersama selepas perjumpaan dan Najib boleh memilih sama ada sidang media itu membenarkan soalan ditanya wartawan atau tiada soalan dibenarkan.

“Saya dimaklumkan Najib memilih untuk langsung tidak mengadakan sidang media bersama dan hanya satu kenyataan akan diedarkan selepas pertemuan tersebut,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70501

Posted by on Sep 12 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE