‘Rahmat pengundi PD dapat perdana menteri’

Pengundi di Port Dickson bertuah kerana berpeluang diwakili seorang ahli Parlimen yang bakal menjadi perdana menteri, kata Pensyarah Kanan Jabatan pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaysia, Dr Muhammad Asri Mohd Ali.

Menurutnya, pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson adalah satu rahmat buat pengundi di situ.

“Dalam situasi ini saya fikir rata-rata pengundi saya temui di PD ini melihat ini (PRK) satu rahmat kepada mereka sebab kalau diikutkan kemungkinan pengundi PD nak dapat PM, saya rasa untuk 20 tahun akan datang bahkan 50 tahun akan datang kita tak nampak,” katanya yang menjadi anggota panel Wacana Port Dickson Pasca PRK : Apa Harapan Rakyat di Shah Alam, semalam.

Menurutnya, soal pembangunan di pusat pelancongan ternama itu tidak perlu dirisaukan kerana ia sudah terjamin di bawah kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan keyakinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan kuasa kepada Anwar apabila tiba masanya nanti.

“Kalau lihat sudut positifnya, berdasarkan kepada bahasa tubuh dan kenyataan yang dikeluarkan, kita lihat Tun Mahathir akan realisasikan apa yang disebut-sebut sebagai janji dua tahun itu.

“Sebab itu beliau turun kempen ke PD. Saya fikir secara rasionalnya mereka ingin mempertahankan regim ini sekurang-kurangnya dua penggal,”katanya.

PRK PD yang jatuh pada 13 Oktober menyaksikan Anwar dicabar enam orang calon lain yang terdiri daripada seorang calon PAS dan lima calon bebas.

PRK ini akan membuka laluan untuk Anwar kembali aktif berpolitik selepas mendapat pengampunan diraja bagi Fitnah II terhadapnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72419

Posted by on Oct 12 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE