‘Rakyat memantau tindak-tanduk SPR’

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dipantau rakyat dalam pengendalian pilihan raya umum ke-14.

Amaran tersebut dinyatakan Ketua Umum Pakatan Harapan,Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan hari ini.

“Perlu saya tegaskan kepada SPR, bahawa rakyat sedang memerhati tindak-tanduk mereka.

“Media sosial akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memantau dan menilai kerja mereka.

“Apakah ada kesediaan SPR untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bebas, jujur dan adil?” kata Anwar.

Sikap berjaga-jaga itu kata Anwar, berlaku kerana rangkaian tindakan SPR yang meragukan selepas Parlimen dibubarkan.

“Pertama, hari mengundi (hari Rabu) nyata adalah percubaan menghindari pengundi terutama pekerja di daerah berjauhan untuk pulang mengundi.

“Kedua, tempoh kempen selama 11 hari adalah di antara tempoh terpendek di dunia. Umno BN diizin berkempen sejak awal, menggunakan media termasuk media rasmi kerajaan.

Ketiga, senarai pengundi digunakan terbatas hingga 2017.

“Dengan segala kecanggihan teknologi dan dana RM500 juta ringgit diperuntukkan kepada SPR, apakah masalah menggunakan senarai hingga Mac 2018.

“Ramai anak-anak muda mendaftar awal tahun ini. Apakah muslihat menafikan hak pengundi yang mendaftar di awal tahun 2018?

” tanya Anwar.

PRU14 akan berlangsung pada 9 Mei 2018 dengan hari membuang undi jatuh pada 5 Mei.

Penamaan calon akan berlangsung pada 28 April 2018.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71606

Posted by on Apr 13 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE