Rakyat tak merempat jika kerajaan jujur – Rodziah Ismail

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail membidas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang berkata penukaran kerajaan tidak akan menjadikan rakyat kaya-raya.

Menurut Rodziah, rakyat sebenarnya tidak menagih bantuan kerajaan untuk menjadi kaya tetapi sekadar cukup untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup.

“Saya hendak ingatkan Salleh bahawa rakyat tidak meminta pun untuk jadi kaya-raya seperti menteri-menteri Umno BN sekarang ini.

“Apa yang rakyat harapkan dengan penukaran kerajaan sedia ada, mereka cukup sekadar meminta kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat seperti mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin melampau.

“Turunkan harga barang, mansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), hapuskan tol, beri pendidikan percuma, beri biasiswa, bina rumah mampu milik dan sebagainya,” kenyataan beliau dipetik.

Salleh sebelum ini berkata tanggapan menukar kerajaan akan membuatkan rakyat kaya-raya adalah satu “penyelesaian saudagar minyak ular”.

Menurutnya, Malaysia adalah sebahagian daripada ekonomi dunia justeru, perkara yang berlaku di negara lain akan turut memberi kesan kepada Malaysia.

Dalam pada itu, Rodziah berkata azam untuk membantu rakyat jelas dipamerkan kerajaan Selangor menerusi pelbagai inisiatif untuk mengurangkan beban kos sara hidup.

“RM309 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi menjayakan program kebajikan rakyat bagi 2018. Ia merangkumi pelbagai manfaat kebajikan dan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) meliputi semua peringkat usia dan golongan.

“Terkini, program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membantu keluarga berpendapatan RM2000 sebulan untuk mendapatkan bantuan belian barangan keperluan sebanyak RM200 sebulan atau RM2400 setahun bagi meringankan bebanan rakyat.

“Keyakinan rakyat bertambah apabila program-program peduli rakyat ini jelas memberikan impak positif dalam membantu kemiskinan di Selangor.,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70805

Posted by on Nov 29 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE