US dedah duit1MDB diguna beli rantai permata isteri MO1

KUALA LUMPUR 16 JUN: Kerumitan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mula terungkai apabila Peguam Negara Amerika Syarikat menerusi Jabatan Penggubahan Wang dan Pemulihan Aset memulakan langkah mendapatkan wang 1MDB yang disalurkan kepada syarikat produksi Hollywood yang ditubuhkan anak Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Aziz.

Dalam satu pemfailan kerajaan hari ini, Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) menyenaraikan sebab-sebab untuk menyokong tuntutannya untuk merampas semua asset-aset syarikat produksi tersebut, Red Granite yang antara lain menamakan Riza sebagai penerbit filem The Wolf of Wall Street.

“Mereka mahu mendapatkan semula hartanah, permata, lukisan Van Gogh, Monet, Picasso, Basquit dan Diane Arbus, termasuklah karya asal Fritz Lang iaitu Metropolis yang dianggarkan bernilai USD1.3 juta dan masih terpampang di pejabat pengasas bersama Red Granit,” lapor Deadline Hollywood.

Deadline adalah portal berita yang sebelum ini memecahkan berita tentang siasatan Amerika ke atas penyaluran duit 1MDB ke dalam syarikat Riza.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan DOJ mendakwa sekurang-kurangnya USD27.3 juta daripada USD620 juta yang dipulangkan ‘Malaysian Official 1’ kepada ‘penderma’ digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri MO1.

Ia juga mendakwa derma itu digunakan taikun kelahiran Pulau Pinang Jho Low untuk membeli gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.

MO1 disifatkan sebagai pegawai kanan kerajaan oleh DOJ.

Tahun lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Rahman Dahlan berkata MO1 merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak tetapi menegaskan perdana menteri bukan sebahagian daripada siasatan DOJ.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70119

Posted by on Jun 16 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE