Rasuah punca sokongan Najib turun, kemarahan rakyat meningkat

(Oleh Arif Juhani)

KUALA LUMPUR 27 FEB: Penurunan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak berpunca daripada skandal rasuah yang terpalit ke atas Perdana Menteri itu, kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.

Beliau berkata, kemerosotan itu menunjukkan transformasi yang dicanang Umno BN gagal mempengaruhi rakyat, dan hanya menguntungkan kroni.

Najib“Najib gagal menjawab beberapa isu besar seperti pendedahan Deepak (Jaikishan) dan sekarang kehadiran penyiasat persendirian P Balasubramaniam akan membuatkan Najib semakin tertekan menghadapi tuduhan itu.

“Umno BN sekarang menuju jalan buntu kerana gagal mendapat sokongan padu bukan sahaja daripada bangsa Cina dan India, malah orang Melayu pun turut menunjukkan sentimen tidak puas hati dengan Umno BN,” katanya kepada Keadilan Daily.

Kajian terbaru Merdeka Center semalam mendapati sokongan pengundi kepada Perdana Menteri menurun daripada 65 peratus pada Mei 2012 kepada 61 peratus pada Januari tahun ini.

Turut dicatat penurunan sokongan responden Melayu kepada kerajaan Umno BN.

Kajian tersebut juga mendapati, kemarahan masyarakat Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional masih tinggi iaitu pada kadar 68 peratus.

Masyarakat Melayu juga mencatat peningkatan kemarahan ke atas kerajaan apabila naik daripada 24 peratus pada Mei 2012 kepada 32 peratus pada Januari 2013. Manakala masyarakat India juga naik daripada 41 kepada 43 peratus dalam tempoh sama.

“Sekarang situasi Umno BN dilihat tidak ubah seperti zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada 2008 sebelum beliau membubarkan Parlimen, malah mungkin lebih buruk lagi.

“Apatah lagi sokongan orang Melayu pun merosot kepada 73 peratus berbanding 77 peratus sebelum ini. Mungkin itu sebabnya kenapa Najib belum berani membubarkan Parlimen sekarang,” kata Khai Loon.

Seramai 1021 pengundi berdaftar yang membabitkan 59 peratus orang Melayu, 32 peratus orang Cina dan 9 peratus orang India terlibat dalam tinjauan kajian ini apabila mereka ditemuramah melalui panggilan telefon.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46089

Posted by on Feb 27 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google