RCI: Najib juga perlu disiasat- Anwar

(Oleh: Aisha Geofrey)

BATU PAHAT 26 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga perlu disiasat berhubung pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing di Sabah, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Najib, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) juga perlu disiasat, kerana ini projek terus menerus dari era Mahathir, dan tidak pernah berhenti IC terus diberikan,” kata Anwar di Majlis Dialog bersama penduduk Batu Pahat di Hotel Garden, semalam.

Anwar turut membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mahu menutup kesalahan beliau dengan mempertikai kewarganegaraan penduduk Cina dan India yang diberi Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

“Sekarang dia (Mahathir) nak salahkan ‘Jus Soli’ pula, nampak tak bagaimana dia pertikai kewarganeraan penduduk Cina dan India yang sememangnya layak menjadi warganegara?

“Semua anak Cina, India, Kadazan, Dayak, yang lahir di tanah ini sebelum kemerdekaan adalah warganegara dan semua akan kita lindungi!” kata Anwar disambut tepukan 300 tetamu.

“Kewarganegaraan ini kalau mengikut prosedur, undang-undang tidak menjadi isu, tapi ini melibatkan korupsi Perdana Menteri ketika itu,” katanya lagi.

Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk dipanggil ke suruhanjaya siasatan yang sedang berlangsung ketika ini.

“Panggillah saya, saya tak kisah. Saya bersedia. Saya juga sudah ‘check’ dengan Datuk Chua Jui Meng dan Tan Sri Fadzir Sheikh Kadir, mereka pun selama dalam kabinet tidak pernah diberitahu apa-apa berhubung program itu, hanya Mahathir yang tahu,” katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis itu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43892

Posted by on Jan 26 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google