RCI projek IC perlu diperluas ke Semenanjung – Fuziah

(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 29 Jan: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada warga asing di Sabah perlu diperluas ke lain-lain negeri di Semenanjung, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.

“Siasatan tidak patut terhenti sekadar di Sabah pada tahun 90-an…Saya yakin ia berterusan sehingga sekarang dan bukan sekadar (berlaku) di Sabah.

“Adakah modus operandi yang digunakan di Sabah merebak ke negeri lain, Selangor misalnya?” katanya ketika dihubungi.

“Kita patut lihat isu ini dari zaman Dr Mahathir (Mohamad), Pak Lah hinggalah kepada Najib sekarang. Ini skop yang lebih besar dan perlu dibawa,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu lagi.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyarankan agar Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Razak turut disiasat kerana projek IC masih diteruskan di bawah pentadbiran mereka.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail berkata, kerajaan kononnya sedia mengambil tindakan terhadap apa saja laporan RCI berkenaan pemberian kerakyatan secara haram.

Mengulasnya, Fuziah berkata, kerajaan memang perlu bertindak tanpa rasa takut dan berat sebelah.

“(Apatah lagi) Projek itu di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan libatkan pegawai Perdana Menteri (ketika itu),” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44036

Posted by on Jan 29 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google