Rencana Utusan fitnah Chegubard lesap

Dua hari lalu, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan telah menyerahkan notis kepada Utusan Malaysia beberapa tuntutan kepada Utusan Malaysia. Melalui peguamnya Sazali & Lim, notis telah diserahkan dan telah diakui terima oleh pihak Utusan.samm

Berikutan itu, paparan rencana Utusan Online bertajuk “Medan Perah Duit Rakyat” tulisan Mohd Asron Mustapha yang menjadi bukti fitnah jahat terhadap Chegubard telah lesap. Ia disedari hari ini sekitar jam 12 tengahari tadi dan sehingga kenyataan ini ditulis, rencana tersebut tiada di paparan. Kali terakhir rencana itu dilihat masih terpapar ialah semalam.

Walaubagaimanapun alamat url pautan asal di http://bit.ly/YtoGN4  masih wujud. Cuma apa yang tinggal hanya tulisan tertera “Broken Link”.

Apakah tindakkan Utusan Online memadamkan rencana di dalam isi pautan tersebut menjadi petunjuk bahawa Utusan telah akur dengan notis yang dikeluarkan oleh pihak guaman chegubard?

Penarikkan rencana berunsur fitnah tersebut dari portal Utusan Online adalah merupakan salah satu dari empat tuntutan gantirugi yang dikemuka oleh Chegubard. Buat masa ini, pihak SAMM dan Chegubard masih lagi menunggu permohonan maaf secara terbuka sepertimana yang dituntut.

 

Norazizi Abd Aziz
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47341

Posted by on Mar 14 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google