RM10 juta untuk tabung pendidikan anak syarikat Selangor

SHAH ALAM 7 Mac: Kerajaan Selangor  menyediakan Tabung  Pendidikan untuk Anak-anak syarikat dan Badan-badan Berkanun Negeri Selangor, berjumlah RM10 juta.

Tabung berkenaan bertujuan untuk memberi biasiswa, dermasiswa dan sebarang bentuk bantuan kepada warga kerja anak syarikat kerajaan negeri dan anak mereka yang berkelayakan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor ini adalah salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) selaras dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor merakyatkan ekonomi dan menjadi sebuah negeri maju, sejahtera dan berkebajikan,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan.

Menurutnya, dana permulaan tabung ini disumbangkan  Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad/Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS).

“Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor ini berkuatkuasa pada November tahun lalu dan akan dirasmikan DYMM Sultan Selangor pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” kata beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27928

Posted by on Mar 7 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google