RM34 juta bina rumah generasi kedua Felcra

Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM34 juta bagi meneruskan pembinaan rumah generasi kedua Felcra di seluruh negara, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Jumlah itu akan menolong membina 675 unit rumah generasi kedua Felcra di lima lokasi seluruh negara.

Antaranya di Pekan serta Bera di Pahang, serta Sukau di Kinabatangan, Sabah yang tertangguh pembinaannya dan memerlukan RM73 juta untuk diteruskan.

“Perkara ini telah diangkat, dibincang (di kabinet) dan untuk peringkat awal kerajaan setuju meluluskan RM34 juta bagi meneruskan projek ini.

“Ini termasuk 140 unit di Pekan, Pahang. Walaupun di Pekan, saya luluskan juga, 123 unit di Sukau serta di Bera, Pahang,” kata Azmin semasa berucap pada majlis Silaturrahmi Bersama Warga Felcra Seberang Perak di Pasir Salak, semalam.

Azmin turut berjanji akan mengetengahkan isu tunggakan pembayaran Koperasi Peserta Felcra sebanyak RM21 juta kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad serta Kementerian Kewangan.

Selain itu, Azmin meminta agar pengurusan Felcra memberi keutamaan kepada Koperasi Peserta Felcra sekiranya terdapat projek seperti membangunkan kawasan perladangan agar dapat menjana pendapatan koperasi.

“Ini selari dengan shares prosperity (kemakmuran saham). Jika beri keutamaan kepada mereka, maka mereka akan ada pengalaman dan kebolehan serta boleh membayar dividen kepada peserta,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73799

Posted by on Jul 23 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE