RM45 juta baiki jalan Terengganu ‘gula-gula’ BN menjelang p’raya?

(Oleh Azan Ismail)

Saya mengambil maklum berhubung tindakan Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan kira-kira RM45 juta daripada dana Kerajaan Persekutuan bagi membaiki atau menampal jalan-jalan raya ‘minor’ yang rosak atau berlubang di seluruh negeri ini.

Hal ini sesuatu yang baik bagi rakyat Terengganu. Namun yang menjadi persoalannya mengapakah baharu sekarang Kerajaan Negeri mahu membaiki jalan-jalan tersebut? Ini menimbulkan tanda tanya adakah peruntukan ini merupakan satu ‘gula-gula’ daripada kerajaan menjelang pilihan raya umum?

Azan_IsmailBanyak jalan raya yang berlubang serta rosak dan tidak dibaiki sebelum ini membuktikan agensi yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menyelenggara jalan raya di Terengganu gagal menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. Lebih malang lagi, tiada tindakan mahu pun maklum balas diambil mengenai aduan yang dikemukakan.

Walau bagaimanapun, kali ini rakyat mahukan jaminan daripada kerajaan supaya kerja-kerja membaik pulih jalan-jalan yang rosak, mendap serta terputus di seluruh negeri dilakukan dengan telus dan diselesaikan pada kadar segera.

Malah, rakyat Terengganu juga mahu jaminan daripada Kerajaan Negeri bahawa jalan yang dibaiki itu tidak akan runtuh atau rosak lagi apabila bencana alam seperti banjir melanda.

Saya juga amat berharap pihak kontraktor Permint Granite-HCM Sdn Bhd yang diberi tanggungjawab menyelenggara jalan-jalan berkenaan dapat menjalankan kerja-kerja dengan telus dan menyegerakan akses laluan di jalan-jalan yang rosak untuk kegunaan penduduk di kawasan-kawasan yang terjejas.

Saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Terengganu juga ingin mengingatkan Kerajaan Negeri agar kemudahan-kemudahan untuk rakyat di negeri ini perlu diutamakan demi keselesaan mereka. Jangan hanya melaksanakan tugas ketika menjelang musim pilihan raya sahaja.

* Azan merupakan Adun Bandar merangkap Pengerusi KEADILAN Terengganu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69858

Posted by on Apr 18 2017. Filed under KENYATAAN MEDIA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE