RM9.5 juta bayar Shafee: Bila KPN nak siasat?

(Oleh Aliff Fikri)

KUALA LUMPUR 11 JULAI: KEADILAN mendesak Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk memberikan jawapan mengapa pihaknya sampai sekarang tidak menyiasat kes bayaran RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Mohamad Shafee Abdullah.

Setiausaha Politik Ketua Pembangkang, Yusmadi Yusoff berkata, beliau hairan mengapa tidak ada siasatan dibuat sedangkan kes tersebut secara jelas mempunyai bukti yang nyata.

yusmadi yusofMenurut beliau, di bawah Kanun Prosedur Jenayah selepas pindaan Parlimen, mana-mana laporan polis perlu disiasat dan maklum balas kepada pengadu juga harus dibuat dalam jangka masa tempoh tertentu.

“Dalam kes RM9.5 juta, pelbagai laporan polis telah dibuat pelbagai individu di seluruh negara, malah isu tersebut adalah isu berprofil tinggi dan mempunyai kaitan dengan isu utama iaitu kes saudara Anwar Ibrahim serta 1MDB.

“Jadi ia merupakan tanggungjawab pihak polis untuk jelaskan kepada orang awam terutama pengadu, sama ada Shafee jawab atau tidak itu perkara kedua, perkara paling penting sekarang adalah siasatan.

“Bila KPN dan polis nak siasat dan beri penjelasan kepada orang awam? Mengapa kes ini diam begitu saja? Sedangkan ia adalah kes ‘straight-forward'” soalnya.

Peguam terkemuka itu menegaskan, kes pembayaran RM9.5 juta Shafee juga mempunyai kepentingan terhadap beberapa isu besar berkaitan Pejabat Perdana Menteri, Pejabat Pendakwaraya dan sistem keadilan negara.

Katanya, umum telah mengetahui bahawa perbicaraan kes Anwar tidak akan berjalan dengan adil berikutan pelantikan Shafee selaku Ketua Pendakwaraya.

“Jawatankuasa Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri telah membangkitkan bahawa perbicaraan Anwar adalah tidak adil,” ujarnya.

Sehubungan itu Yusmadi turut mendesak kerajaan untuk melakukan sesuatu dalam kes ini dengan kadar segera bagi mengembalikan keyakinan terhadap sistem keadilan negara.

Sarawak Report (SR) sebelum ini telah mendedahkan bahawa Shafee adalah salah seorang individu penerima terbesar wang dana yang diseleweng dari 1MDB.

Dilaporkan beliau menerima dua kali pembayaran iaitu pada 11 September 2013 (RM4.3 juta) dan 17 Februari 2014 (RM5.2 juta), menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM9.5 juta.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70201

Posted by on Jul 11 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE