Rosmah berdepan 17 pertuduhan berkaitan wang haram

Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berdepan 17 pertuduhan memasukkan RM7 juta wang haram ke dalam akaun peribadinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Sekiranya disabitkan kesalahan beliau boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda sebanyak lima kali daripada jumlah aktiviti haram atau RM5 juta atau mana-mana yang lebih tinggi, bagi setiap tuduhan.

Rosmah diikat jamin sebanyak RM2 juta dengn dua orang penjamin.

RM500,000 wang jaminan mesti dibayar hari ini, manakala bakinya perlu dibayar pada 11 Oktober.

Berikut adalah senarai penuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Rosmah:

1. Memasukkan RM200,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 4 Disember 2013;

2. Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 16 Dis 2013;

3. Memasukkan RM200,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 23 Dis 2013;

4. Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiataan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 28 Jan 2014;

5. Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 29 Jan 2014;

6. Memasukkan RM200,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 28 Feb 2014;

7. Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 14 Mac 2014;

8. Memasukkan RM100,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya pada 8 April 2014;

9. Memasukkan RM1.6 juta daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam lapan transaksi antara 4 Sept 2014 dan 22 Disember 2014;

10. Memasukkan RM3.85 juta daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam 127 transaksi antara 21 Jan 2015 dan 12 Disember 2015;

11. Memasukkan RM510,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam 87 transaksi antara 28 Jan 2016 dan 7 Nov 2016;

12. Memasukkan RM30,000 daripada hasil kegiatan yang menyalahi undang-undang ke akaun peribadinya dalam lima transaksi antara 29 Mac, 2017 dan 8 Jun 2017;

13. Gagal mengisytiharkan RM500,000 didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 4 Dis 2013 dan 23 Disember 2013 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;

14. Gagal mengisytiharkan RM2.2 juta didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 28 Januari 2014 dan 22 Disember 2014 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;

15. Gagal mengisytiharkan RM3..85 juta didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 21 Jan 2015 dan 12 Disember 2015 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;

16. Gagal mengisytiharkan RM510,000 didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 28 Jan 2016 dan 7 Nov 2016 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan;

17. Gagal mengisytiharkan RM30,000 didepositkan ke akaun peribadi beliau antara 29 Mac, 2017 dan 8 Jun 2017 seperti yang dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan.

Sebelum ini Datuk Seri Najib Razak berhadapan 32 pertuduhan berkaitan penggubahan wang haram sekurang-kurangnya sebanyak RM4.2 bilion.

25 pertuduhan tersebut adalah berkaitan 1MDB dan tujuh pertuduhan membabitkan SRC International Sdn bhd.

Dalam kes pertuduhan membabitkan 1MDB, 21 daripadanya adalah pengubahan wang haram dan empat pertuduhan kerana salahguna kuasa.

Najib dan Rosmah kini secara bersama menghadapi 49 tuduhan.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72387

Posted by on Oct 4 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE