Royalti berbasikal dari Kota Bharu ke KLCC sempena #KL112

KOTA BHARU 1 Januari: Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan (Royalti) melancarkan program terbaru mereka Cycling For Royalty (C4-R) KB – KLCC # Berbasikal Tuntut Royalti KB – KLCC sejauh 650 km.

Pelancaran C4-R oleh Exco Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmud

Pelancaran disempurnakan Exco kerajaan Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmud pagi tadi dengan 10 peserta kayuhan memulakan perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur yang bakal berakhir pada 11 Januari ini.

“Kumpulan berbasikal akan melalui jalan Kota Bharu ke Terengganu yang akan disambut Royalti Terengganu dan mereka akan mengikuti hingga Kemaman.

“Sampai sahaja di Kemaman, Royalti Pahang pula akan menyambut mereka dan mengikuti kayuhan sehingga ke Bentong sebelum disambut oleh Royalti Selangor,” kata Setiausaha Royalti, Mohd Hisyamuddin Ghazali, kepada Keadilan Daily.

Katanya, perjalanan 11 hari itu bertujuan mengajak anak-anak muda beramai-ramai bersama hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

“Kumpulan 10 peserta itu akan ke KLCC berdasarkan perancangan. Mereka dijadualkan sampai 11 Januari sebelum ke Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari.

“Mereka akan jadi simbolik kehadiran anak muda selain mengajak orang ramai berhimpun walaupun datang dengan hanya berbasikal,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan menghulurkan sumbangan kewangan, basikal dan sebagainya boleh berhubung dengan Sekretariat Royalti di talian 019-9159559 (Cik Nurul).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42148

Posted by on Jan 1 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google