Rujuk Perjanjian M’sia ke London bukti Najib gagal – Anwar

KUALA LUMPUR 11 JULAI: Keputusan Kerajaan Negeri Sarawak merujuk Perjanjian Malaysia 1963 di London membuktikan langkah tergesa-gesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pasca PRU13 untuk menaiktaraf hak rakyat Sarawak gagal.

“Keputusan tersebut berpunca dari persepsi meluas di kalangan rakyat Sarawak bahawa Kerajaan BN Persekutuan telah mengabaikan kepentingan rakyat Sarawak,” kata Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan.

Tindakan merujuk kepada syarikat guaman UK membayangkan bahawa kerajaan negeri kurang yakin dengan Jabatan Peguam Negara untuk memberikan penafsiran bebas dan adil.

Anwar ketika hadir Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Anwar ketika hadir Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

“Kerajaan tidak boleh meremehkan langkah tersebut kerana ia memberikan implikasi yang luas terhadap hubungan kerajaan persekutuan dengan negeri-negeri terutama Sarawak dan Sabah,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau mengalu-alukan penubuhan Petros bagi menjana pertumbuhan, malah telah menyuarakan perkara itu sejak 2010.

Minggu lalu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg mengumumkan kerajaan negeri itu akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan mengkaji bahan rujukan berkaitan hak negeri mengikut Perjanjian Malaysia 1963.

Pasukan itu akan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Sehubungan itu, Anwar turut menggesa Najib segera bertindak dan “berlapang dada” bagi mengkaji “punca kegelisahan” terhadap Perjanjian Malaysia 1963.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70207

Posted by on Jul 11 2017. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE