Rumah Mampu milik Selangor siap September ini

SHAH ALAM 14 Feb: Penduduk berpendapatan rendah di Selangor akan berpeluang membeli Rumah Mampu Milik (RRM) yang dijangka siap pada September tahun ini, kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Menurut Iskandar, sebanyak 136 unit rumah sedang di peringkat pembinaan di Sungai Long, Kajang oleh sebuah pemaju swasta.

Polisi yang dilaksanakan sejak 2010, itu katanya, memberi peluang kepada pembeli rumah yang mempunyai pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan.

“Pembinaan telah bermula pada bulan Jun tahun lepas dan dijangka siap pada bulan September tahun ini,” kata Iskandar.

“Keluasan setiap satu unit adalah di antara 830 dan 870 kaki persegi di mana ia akan dijual dengan harga tidak lebih dari RM89,000 setiap satu,” ujar beliau.

Beliau difahamkan dari pihak pemaju bahawa kemajuan di tapak pembinaan yang terdiri dari 2 blok pangsapuri 5 tingkat itu, kini ditahap 55 peratus.

Katanya, permintaan rumah mampu milik di Selangor adalah tingi dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor tidak dapat menyiapkan jumlah rumah mampu milik seperti yang disasarkan.

Selain dari di Sg. Long, katanya, pemaju-pemaju swasta  juga diberikan kebenaran membina RMM di beberapa kawasan lain seperti di Seksyen U10, Shah Alam di mana 536 unit akan dibina.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26566

Posted by on Feb 14 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google