Rumah terbuka Deepavali KEADILAN 2 November

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil mengumumkan 2 November 2019 sebagai tarikh sambutan Deepavali Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) peringkat kebangsaan.

“Sempena sambutan Deepavali yang bakal tiba, KEADILAN akan mengadakan program rasmi rumah terbuka Deepavali buat julung kalinya pada 2 November 2019 bertempat di Banting.

“Maklumat lokasi, waktu dan aturcara program akan diumumkan kelak,” kata Fahmi dalam kenyataan.

Sambutan Deepavali pada tahun ini jatuh pada 27 Oktober. Pesta cahaya ini diraikan penganut Hindu, Sikh, Jain dan sebahagian penganut Buddha bagi merayakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan.

Sementara itu, Fahmi turut mengumumkan yang KEADILAN mencatatkan pendaftaran 17,000 anggota baharu parti setakat September 2019.

“Sehingga pertengahan September 2019, KEADILAN mencatat pendaftaran keanggotaan yang membanggakan, iaitu seramai lebih 17,000 anggota baharu yang mana 11,000 adalah dari negeri Sabah,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74035

Posted by on Sep 19 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE