SAH! Pengerusi SPR, Timbalan ahli Umno Cawangan Ampang Baru, Kubang Bunggor

(Oleh Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 27 April: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengotakan janjinya mendedahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Omar adalah ahli Umno.

Dalam kenyataannya, Saifuddin menjelaskan nombor keahlian Abdul Aziz ialah 113804 dan berdaftar di Cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dalam Parlimen Ampang, Selangor.

Manakala nombor keahlian Umno bagi Wan Ahmad pula ialah 2374564 dan beliau berdaftar dalam Cawangan Kubang Bunggor DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas di Kelantan.

“KEADILAN memandang serius keterlibatan Pengerusi SPR dan Timbalannya yang sah menjadi ahli Umno sementara masih memegang jawatan di dalam suruhanjaya itu.

“KEADILAN berpegang kepada prinsip bahawa kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria pelantikan seseorang sebagai anggota SPR,” katanya.

Saifuddin menegaskan, seseorang yang menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan ‘non-partisan’.

“Ternyata Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno sepertimana maklumat yang kami dedahkan ini.

“Kita berpendapat jalan terbaik untuk mereka mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan SPR pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihan raya umum ke 13 ialah segera meletak jawatan,” tegasnya.

Akhbar Sinar Harian hari ini pula mendedahkan kedua-dua pemimpin SPR itu mengakui mereka ialah ahli Umno, namun memberi alasan ‘lupa’ dan tidak tahu mendaftar di cawangan mana.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29592

Posted by on Apr 27 2012. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE