Saifuddin jamin program bank makanan dibuat berterusan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjamin program bank makanan Foodbank Malaysia akan dijalankan secara berterusan terutamanya di universiti-universiti awam.

Beliau berkata, pihaknya komited untuk meneruskan program itu yang memberi impak kepada golongan sasar, termasuklah mahasiswa universiti awam.

“Alhamdulillah, kita hargai usaha pihak media yang mengangkat isu anak-anak siswa kita bergelut dengan masalah kewangan terutama daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Ini menarik tumpuan kita untuk mengembangkan Foodbank untuk sampai ke kampus dan kita akan teruskan,” katanya ketika berucap melancarkan Aplikasi Mudah Alih Price Catcher di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, program itu sudah mempunyaipenaja, sukarelawan, keupayaan logistik dan penerima yang dikenal pasti.

“Sehubungan itu, tidak boleh toleh ke belakang lagi. Kita sudah ada logistik, sukarelawan dan penerima,” katanya memetik Berita Harian.

Media sebelum ini melaporkan kesusahan hidup mahasiswa yang berjimat cermat mengikat perut di unversiti awam.

Kesusahan mahasiswa itu menarik perhatian Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya meyakinkan tiga negeri untuk segera membantu mahasiswa-mahasiwa berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73128

Posted by on Mar 20 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE