Saifuddin: Kaji GST hanya jika rakyat mahu

Kenyataan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hanya bermaksud sistem percukaian itu akan dikaji semula jika rakyat mahukan ia dilaksanakan semula, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution Ismail.

“Kalau rakyat nak balik semula pada GST, kerajaan sedia kajilah. Bukan perdana menteri kata kerajaan akan laksanakan terus. Tak ada. Dia tidak sebut begitu. Jadi kita tamat di situ dari segi kenyataan PM,” katanya ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir berhubung GST.

Dr Mahathir selepas melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) semalam berkata kerajaan akan mengkaji keperluan memperkenalkan semula sistem GST sekiranya itu kemahuan rakyat.

Saifuddin yang ditemui pemberita selepas melancarkan Pelan Tindakan Industri Katering 2020 di kementeriannya berkata: “Saya baca ulang kali. Dia (PM) kata, kalau itu menjadi kehendak atau pilihan rakyat kerajaan bersedia untuk kaji. Maknanya ayat itu berlapik.”

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dilaporkan menyarankan kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.

GST pada kadar enam peratus pernah dilaksanakan sejak 1 April 2015 namun dimansuhkan pada 1 Sept 2018 dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74101

Posted by on Oct 4 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE