Saifuddin melawat Jokowi, BJ Habibie

Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia Joko Widodo yang menyambutnya di Istana Bogor, Jakarta hari ini.

Ia merupakan lawatan beliau yang pertama selepas mengangkat sumpah sebagai menteri luar pada 2 Julai lepas.

Lawatan ini adalah kesinambungan kepada lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 Jun lepas.

Ia dilakukan untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Indonesia selepas Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Saifuddin melakukan kunjungan itu sempena lawatan kerja tiga hari beliau ke Indonesia bermula Sabtu lepas.

Turut hadir dalam pertemuan itu Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi dan Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia Zamshari Shaharan.

Semalam Saifuddin turut melakukan kunjungan hormat ke atas bekas presiden Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie.

Bacharuddin atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie adalah presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 hingga 20 Okt 1999.

Saifuddin dialu-alukan Habibie di kediaman beliau sendiri di Jalan Patra Kuningan, Jakarta.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72053

Posted by on Jul 23 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE