Salur RM20 juta pengangkutan awam percuma untuk OKU

KUALA LUMPUR 26 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) akan diberikan kemudahan pengangkutan awam percuma bagi semua perkhidmatan, jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

“Kemudahan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM20 juta dan ia bertujuan memudahkan mobilasi golongan tersebut,” katanya dalam pembentangan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

Umno BN sebelum ini hanya memberikan potongan 25 peratus kepada OKU dan warga emas berumur 60 tahun ke atas bagi semua bas ekpres.

Mereka juga memperuntukkan potongan 50 peratus sahaja bagi pengangkutan udara di bawah kendalian syarikat penerbangan Malaysia (MAS) dan perkhidmatan keretapi di bawah Keretapi Tanah Melayu (KTMB).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36858

Posted by on Sep 26 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE