Sambutan hangat Jelajah Melayu Bermaruah bukti Melayu jelik Umno

(Oleh Nadia Hanafi)

KUALA LUMPUR 8 MAC: Kempen siri Jelajah Melayu Bermaruah peringkat negeri Perak berjalan dalam suasana penuh semangat terutamanya orang Melayu di negeri itu.

002Pelbagai program diatur sepanjang jelajah berlangsung bermula dengan walkabout pada jam 8 pagi, diikuti kenduri rakyat dan berakhir pada jam 12 tengah malam dengan ceramah perdana oleh beberapa pemimpin KEADILAN.

Untuk menarik kehadiran rakyat di negeri yang ditadbir Umno Barisan Nasional ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi KEADILAN, namun sambutan menggalakkan ditunjukkan rakyat memperlihatkan bahawa mereka kini sudah jelik dan muak dengan parti pemerintah.

Rakyat seolah-olah sudah tidak sanggup lagi menghadapi kesusahan hidup ekoran salah urus pentadbiran negara oleh kerajaan yang zalim.

Rata-rata mereka yang ditemui Keadilan Daily memperlihatkan wajah penuh harapan agar suatu hari Malaysia ditadbir oleh Pakatan Harapan supaya nasib mereka kembali terbela.

jamaliahSalah seorang penduduk di Kg Balun, Slim River ketika ditemui meluahkan harapannya untuk melihat Pakatan Harapan memenangi pilihan raya akan datang.

Katanya, dengan cara itu Ketua Umum kEADILAN, saudara Anwar Ibrahim dapat dibebaskan dan boleh menggantikan tempat Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

“Mak cik harap Umno BN tumbang. Kalau Anwar memerintah mak cik rasa sangat bersyukur.

“Keadaan hari ini tak macam dulu. Bukannya semakin senang malah semakin susah lebih-lebih lagi bila ada anak yang masih bersekolah,” kata Jamaliah Mohd, 60, sambil menyambut baik program anjuran KEADILAN itu.

Cina, India dengar ceramah atas motosikal

IMG_5325_CMYKIMG_5325_CMYK IMG_5325Meskipun bertemakan #MelayuBermaruah, sesuatu yang mengejutkan apabila kaum Cina dan India juga turut hadir pada sesi ceramah perdana di Pejabat KEADILAN Malim Nawar yang menyaksikan kehadiran lebih 100 orang.

IMG_4918_CMYKIMG_4918Bukan itu sahaja, mereka yang hadir sanggup duduk di atas motosikal masing-masing untuk mendengar ceramah.

Antara pimpinan KEADILAN yang hadir ialah Rafizi Ramli (Naib Presiden), Syed Ibrahim Syed Noh (Ketua Penerangan), Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (mantan MB Selangor), Siti Aisyah Sheikh Ismail (Ketua Srikandi), dan ramai lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=68687

Posted by on Mar 8 2016. Filed under AKTIVITI & CERAMAH, BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE