Sambutan Hari Wanita Sedunia eksklusif untuk wanita

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menggesa agar sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac disambut eksklusif oleh wanita.

Naib presiden KEADILAN itu merayu agar wanita diberi ruang meraikan hari tersebut tanpa gangguan pihak lain.

“Saya berharap seluruh rakyat Malaysia dapat memahami perkara ini dan tidak mengaitkan sambutan 8 Mac dengan perkara lain, selain pengiktirafan terhadap kejayaan dan sumbangan golongan wanita dalam pembentukan peradaban dunia,” katanya.

Beliau turut menarik perhatian terhadap perjuangan panjang wanita untuk mencapai kesetaraan jantina.

“Menurut World Economic Forum, Gender Parity Report, kita hanya mampu untuk mencapai kesaksamaan gender secara holistik hanya pada 170 tahun akan datang.

“Masih banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk wanita di Malaysia dan seluruh dunia, terutamanya dalam sektor ekonomi, sosial dan pendidikan,” katanya dalam kenyataan.

Sejarah Hari Wanita Sedunia bermula apabila Parti Sosialis Amerika menganjurkan sambutan Hari Wanita pada 28 Februari 1909.

Hari itu kemudian diangkat sebagai Hari Wanita Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada 1975 yang mengisytiharkan sambutan itu jatuh pada 8 Mac setiap tahun.

Hari Wanita Sedunia 2019 yang disambut pada 8 Mac dengan tema #BalanceforBetter atau Seimbang untuk Sejahtera.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73110

Posted by on Mar 15 2019. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE