‘Sampaikan kepada rakyat betapa celarunya PAS-Umno’

Pakatan Harapan tidak perlu berasa terancam dengan penyatuan ‘sementara’ Umno dan PAS, tegas Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.

Beliau berkata pimpinan Harapan sebaliknya perlu menjelaskan kepada rakyat tentang usaha-usaha kerajaan Harapan untuk rakyat.

“Sebagai Pakatan Harapan, kita tidak seharusnya berasa terancam. Kita perlu kekal tegas pada prinsip kita yang mengekalkan keadilan untuk semua, agihkan agihan kekayaan kepada yang memerlukan tanpa mengira kaum. Itu semua prinsip yang kita pegang dalam Pakatan Harapan.

“Kita perlu sampaikan perkara ini kepada rakyat dan masyarakat dan dengan sendirinya kerjasama PAS dan Umno itu akan dilihat sebagai hanya satu kerjasama yang kecil. 

“Bila tiba PRU15 mereka akan berpecah,” katanya kepada KeadilanDaily.

Katanya lagi, gabungan tersebut bukan sahaja membawa prinsip perjuangan yang tidak jelas malah begitu bercelaru.

“Kerjasama ini hanya sementara kerana tidak mempunyai asas yang kukuh dan kuat. 

“Macam KEADILAN punya prinsip yang kuat keadilan untuk semua. Atau ‘good governance’ atau tata kelola yang betul,” katanya.

PAS dan Umno mengumumkan kerjasama secara rasmi pada 5 Mac lalu selepas BN memenangi pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands dan Semenyih.

Menggunakan alasan Melayu dan Islam, kedua-dua parti menyatakan kerjasama itu dimeterai di peringkat PRK terlebih dahulu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73104

Posted by on Mar 15 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE