Saiz Teks: A A A

Samseng Umno ganggu Himpunan Hijau di Pulau Pinang

Samseng Umno turut naik ke atas pentas menggangu ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng

PADANG KOTA 26 Feb: Kira-kira 50 orang samseng dari Pemuda Umno dan Perkasa mengganggu himpunan Hijau 2.0 yang membantah operasi kilang Lynas Advanced Materials Plant (Lynas) di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Himpunan itu pada mulanya berlangsung dengan aman, namun  bertukar menjadi kecoh apabila kumpulan  itu datang dan mengugut peserta himpunan tersebut.

Sebahagian mereka datang dengan bermotosikal dan ada antara nya berlagak seolah-olah ingin memukul peserta himpunan itu.

Menurut seorang saksi di tempat kejadian, Rozaimin Elias, kumpulan  berterusan membuat kecoh selama kira-kira 20 minit, selepas acara bermula.

Sebahagiannya yang datang dengan menaiki motosikal beredar tidak lama kemudian.

Namun, menurut Rozaimin, keadaan kembali gamat apabila kumpulan berkenaan yang kemudiannya tinggal seramai 10 ke 15 orang mengganggu ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turut hadir untuk memberikan sokongan di himpunan itu.

“Mereka naik ke atas pelantar dan menghamburkan kata-kata kesat kepada Guan Eng seperti ‘Balik ke Melaka-lah’ dan perkataan lucah lain sebelum beredar,” kata Rozaimin.

Terdahulu, peserta himpunan itu berkumpul di kira-kira jam 5.45 petang di padang berkenaan dengan memakai pakaian hijau dan membawa sepanduk yang memaparkan slogan anti Lynas.

Mereka turut menyanyikan lagu anti Lynas serta melaungkan slogan seperti ‘stop Lynas’ dan ‘selamatkan Malaysia’.

Perhimpunan itu bersurai kira-kira jam 7 petang.

Selain di Pulau Pinang, Himpunan Hijau 2.0 terbesar diadakan di KUANTAN PAHANG, menyaksikan kehadiran lebih 15,000 peserta.

Sementara di KUALA LUMPUR pula, 500 peserta anti Lynas berkumpul di Maju Junction, sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman bagi membantah operasi kilang dari Australia itu.

Manakala Di BUKIT MERAH, Perak kira-kira 1,000 orang dilapor berkumpul di bekas tapak penapisan Asian Rare Earth (ARE) pada jam 11 pagi, selama satu setengah jam.

Menurut laporan Malaysiakini, di KUCHING, Sarawak pula  kira-kira 30 berhimpun di Taman Sahabat, Jalan Song, namun perhimpunan itu terpaksa dipendekkan selama 15 minit kerana hujan lebat.

 

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27301

Posted by on Feb 26 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry