Satu lawan satu di Seri Setia

Pakatan Harapan dan PAS sah bertembung satu lawan satu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Proses penamaan calon pagi ini menyaksikan Harapan menurunkan bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sejak 2008, Halimey Abu Bakar untuk menentang calon PAS, Dr Halimah Ali.

Perkara tersebut diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN N32, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tepat 10.37 pagi.

Kerusi DUN Seri Setia kosong selepas penyandangnya, Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Dr Shaharuddin mengalahkan tiga pencabarnya Datuk Yusoff HM Hanif daripada BN, Mohd Ghazali Daud (PAS) dan calon bebas Dr S Vignes dengan majoriti 19,372 undi.

PRK Seri Setia akan berlangsung serentak dengan PRK Balakong. 

Hari mengundi awal jatuh pada 4 September sementara hari membuang undi jatuh pada 8 September.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72223

Posted by on Aug 18 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE