Saya nasihatkannya jumpa keluarga – Hilman

Setiausaha politik kepada menteri hal ehwal ekonomi, Hilman Idham menasihatkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz untuk berjumpa ahli keluarganya selepas video sumbang lelaki menyerupai Haziq tersebar.

Anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu menyifatkan maruah keluarga penting untuk dijaga apabila berhadapan dengan situasi begini.

“Haziq juga meminta pandangan saya untuk beliau bertemu keluarganya bagi mendapatkan pandangan.

“Saya bersetuju dan meminta beliau bersabar.

“Malah, saya menasihatkan beliau bahawa dalam menghadapi fitnah begini, keluarga adalah elemen penting yang harus dipelihara perasaan dan maruahnya,” katanya.

Pertemuan antara Hilman dan Haziq dilakukan sebuah Restoran Zest Coffee House, Marriot Hotel, Putrajaya.

Pertemuan tersebut adalah atas kapasiti peribadi tanpa pengetahuan mana-mana pihak termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali, kata Hilman.

Awal pagi semalam, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz menerusi muatnaik video di Facebook mengaku dirinya adalah salah seorang individu dalam video fitnah itu.

Sementara itu,Hilman telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dan satu laporan qazaf berkaitan isu penyebaran video lucah itu di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Putrajaya.

Dalam pada itu, Azmin menafikan dirinya terbabit dalam video lucah yang sedang beredar di media sosial dan menyifatkannya sebagai komplot jahat untuk menamatkan kerjaya politiknya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73608

Posted by on Jun 14 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE