Scorpene: Surat jemputan diterima peguam Perancis – Tian

(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 5 Oktober: Peguam mewakili Suaram yang mengendalikan kes Scorpene di Perancis – William Bourdan dan dan Joseph Breham telahpun menerima surat jemputan supaya mereka hadir memberi taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung siasatan dan perbicaraan yang sedang berjalan di mahkamah Perancis.

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi.

Turut menerima surat jemputan itu, peguam mewakili syarikat pertahanan Perancis yang terlibat dalam penjualan Scorpene iaitu Direction des Construction Navales Services (DCNS), Olivier Metzner.

“Dua pucuk surat sudah dihantar, mereka sudah terima undangan daripada surat yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Pembangkang supaya mereka datang untuk beri taklimat,” jelas Tian.

Beliau bagaimanapun berharap kerajaan tidak menyekat atau menghantar pulang seperti yang dilakukan ke atas peguam Suaram, William Bourdon, tahun lepas.

“Kita berharap peguam Perancis itu tidak lagi dihantar pulang kerana tiada alasan untuk menyekat kemasukannya ke Malaysia. Mereka (peguam) belum lagi beri respon, tapi kita harap dapat datang dalam masa Parlimen sedang bersidang.

“Ini kerana mereka perlu pohon visa untuk datang ke Malaysia. Berapa lama saya tidak pasti kerana bergantung kepada kerajaan untuk luluskannya,” ujarnya.

Tambah Naib Presiden KEADILAN itu, jika kerajaan berkeras tidak membenarkan mereka masuk ke negara ini, jelas ada sesuatu yang mahu disembunyikan.

“Tiada sebab untuk halang, mereka hanya dijemput memberikan taklimat berhubung status perbicaraan dan siasatan untuk kita dapat maklumat terus daripadanya,” kata Tian.

Dalam surat itu turut mengalu-alukan kehadiran mereka dalam tempoh sehingga Parlimen tamat bersidang pada 22 November depan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37413

Posted by on Oct 5 2012. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE