Selangor agih RM1.3 juta peruntukan untuk 85 sekolah

Selangor mengagihkan peruntukan sebanyak RM1.34 juta kepada 85 buah sekolah di negeri itu menerusi Bantuan Pendidikan Fasa 2, semalam.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, peruntukan itu merupakan tambahan kepada peruntukan Fasa 1 sebelum ini yang melibatkan 578 sekolah dengan peruntukan RM19.53 juta.

“Konsep agihan sebegini dilakukan untuk memastikan agihan bantuan ini sampai kepada sasaran dan memberi manfaat kepada rakyat, khususnya anak-anak kita.

“Kita juga sudah memperluaskan skop bantuan kepada sekolah mubaligh dan sekolah menengah jenis kebangsaan,” katanya, lapor SelangorKini.

Katanya,peruntukan itu disalurkan bagi mengatasi masalah infrastruktur di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta sekolah rendah agama.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan Fasa 2, di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di Shah Alam.

Turut hadir sama adalah Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

Pada 2017, Selangor menaikkan peruntukan bantuan persekolahan daripada RM16 juta tahun sebelumnya kepada RM22 juta.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70809

Posted by on Nov 30 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE