Selangor bantu mangsa ribut Tanjung Karang

Selangor menghulurkan bantuan segera sebanyak RM500 kepada mangsa ribut di Kampung Sawah Sempadan dan Kampung Tiram Jaya.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata 165 buah rumah menerima bantuan itu dari Pejabat Majlis Daerah dan Tanah di samping bantuan baik pulih rumah dari syarikat kerajaan negeri kelak.

“Oleh itu, kerja baik pulih rumah ini akan ditanggung sepenuhnya Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan rumah yang mengalami kerosakan kritikal pula melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

“Difahamkan agensi terbabit dan pusat khidmat juga sudah menyusun senarai nama mangsa serta kerja gotong-royong bagi membaik pulih rumah juga sedang dilakukan,” katanya ketika turun padang, lapor Selangorkini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Rozana Zainal Abidin dan Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor, Azman Dahlan turut sama mengiring Amiruddin semalam.

Amirudin meninjau beberapa buah rumah yang rosak teruk dan pusat pemindahan mangsa di Surau Darul Maarif.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang 10 Januari lalu, sembilan kampung iaitu Kampung Parit Satu, Dua, Tiga dan Empat, Kampung Blok B, I, Kampung C, O dan J, Blok D, K, P, V Kampung Seri Tiram Jaya dan Kampung Parit Serong terjejas akibat ribut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72923

Posted by on Feb 14 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE