Selangor bebas plastik menjelang 2030

Negeri Selangor akan menjadi negeri bebas plastik menjelang 2030, kata Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian.

Menurutnya, agenda itu selaras dengan pelaksanaan Malaysia’s Roadmap Towards Zero Single-Use Plastic 2018-2030 yang dilancarkan Putrajaya, Oktober lalu.

“Kita berpendapat tempoh 11 tahun untuk menjadi negeri bebas plastik agak lama. Kita pasti jika 2030 baru dilaksanakan secara menyeluruh, masalah plastik di negara ini akan menjadi lebih buruk.

“Oleh itu, kerajaan negeri akan mencuba untuk ke arah itu lebih awal, namun kita memberikan masa kepada pembekal untuk menghasilkan bahan ganti beg plastik ini kepada bahan yang lebih berkualiti selain menjimatkan kos,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, di Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Sementara itu, Hee berkat Selangor akan berbincang dengan PBT untuk mempertimbangkan tindakan lebih tegas kepada premis yang masih menyediakan beg plastik percuma kepada pelanggan merekaa.

“Sebelum ini, kita tidak mengambil tindakan kepada premis yang memberikan beg plastik secara percuma kepada pengguna, namun selaras dengan inisiatif bebas plastik ini, kita akan melaksanakannya,” katanya.

Selangor melaksanakan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” pada 2010, di pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan, pada setiap Sabtu.

Pengguna perlu membayar 20 sen bagi setiap beg plastik dan bayaran itu disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar.

Kempen itu kemudiannya dilanjutkan kepada setiap hari bermula 1 Januari 2017 dan turut merangkumi kempen bebas bekas makanan polistirena.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72650

Posted by on Dec 4 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE