Selangor bertindak tegas terhadap pemilik rumah SelangorKu

Selangor akan bertindak tegas terhadap pemilik rumah Selangorku yang didapati menyewakan rumah mereka, kata Exco Perumahan Dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha.

Menurutnya, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengeluarkan notis terhadap mereka yang berbuat demikiam di bawah Seksyen 38 Enakmen LPHS.

Katanya lagi, LPHS juga sedang mempertimbangkan untuk menangani isu tersebut sebagai kesalahan jenayah penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574).

“LPHS turut mengenal pasti punca kepada isu penyewaan ini, dan sebagai tindakan penyelesaian jangka panjang proses penawaran rumah SelangorKu turut diperketatkan dengan memasukkan elemen perisytiharan dan pengakuan penyataan benar oleh pemohon sebagai satu langkah memastikannya tidak mempunyai sebarang rumah kediaman di Selangor sahaja ditawarkan unit itu.

“Pentadbiran LPHS juga merangka satu mekanisme yang mensyaratkan permohonan rumah SelangoKu bersetuju dengan akujanji bahawa unit yang ditawarkan akan dimanfaatkan bagi tujuan kediaman pemohon dan bukan untuk disewakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan usul peruntukan Pembangunan Belanjawan Selangor 2019 di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam.

Sebelum ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut bertindak tegas memberi amaran kepada pemilik rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didapati menyewakan unit kediaman mereka.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73146

Posted by on Mar 22 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE