Selangor bina lima buah hospital bawah GLC negeri

Selangor akan membina lima buah hospital bagi membantu golongan pertengahan dan bawahan mendapatkan rawatan perubatan dengan cepat dan berpatutan.

Lima hospital itu akan dibina Selgate Corporation, anak syarikat kerajaan negeri kata Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

“Rakyat negeri ini boleh menggunakan Skim Peduli Sihat dan juga Bantuan Sihat Selangor ketika berkunjung ke hospital swasta berkenan.

“Apabila adanya hospital ini, Selangor akan menjadi negeri pertama yang membolehkan penduduknya memilih rawatan perubatan terbaik melalui khidmat rawatan daripada tahap percuma, sederhana dan juga mahal, mengikut tahap kemampuan mereka,” katanya memetik SelangorKini.

Lima hospital tersebut terletak di Rawang, Kota Damansara, Shah Alam, Gombak dan Kuala Selangor.

Menurut Mariah Hospital Selgate Rawang bakal dibuka pada suku pertama 2020, manakala empat hospital Selgate lain akan dibuka secara berperingkat menjelang 2023.

Katanya, hospital berkenaan akan menempatkan kepakaran seperti Pusat Obstetrik, Pusat Genekologi, Pusat Gediatrik, Pusat Ortopedik, Pusat Kardiologi, Klinik Am dan Pusat Pembedahan Am.

“Selangor mempunyai banyak hospital swasta tetapi kosnya yang agak tinggi menyebabkan mereka dari kumpulan B40 memilih institusi kerajaan.

“Dengan hospital Selgate yang ada, kami berharap ia dapat menyediakan perkhidmatan kepada golongan berpendapatan pertengahan dan berpendapatan rendah, jadi mereka akan mempunyai alternatif kepada hospital kerajaan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73131

Posted by on Mar 20 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE