Selangor capai sasaran 20,000 Rumah Selangorku

Hasrat untuk menyiapkan lebih 20,000 unit Rumah Selangorku menjelang 2025 mampu dicapai Selangor.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, keyakinan itu adalah kerana projek tersebut kini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Ia termasuklah 274 unit Rumah Selangorku Hibiscus 3 yang dibangunkan pemaju hartanah KL-Kepong (KLK) Country Homes Sdn Bhd.

“Pembinaan rumah mampu milik sama sekali tidak menjanjikan keuntungan besar kepada pemaju.

“Kerajaan negeri amat berterima kasih serta mengalukan kesediaan pemaju swasta seperti KLK Country Homes bersama kerajaan negeri menjayakan insentif perumahan mampu milik Rumah Selangorku lebih berkualiti dan dilengkapi dengan kemudahan mencukupi, secara besar–besaran di Selangor.

“Saya menyeru kepada para pemaju hartanah lain terutamanya di Selangor untuk menjadikan Hibiscus 3 sebagai tanda aras baharu dalam pembangunan perumahan mampu milik, sebagai inspirasi untuk merangka lebih banyak lagi kaedah pembangunan dan reka bentuk kediaman bagi menjana industri pembangunan hartanah lebih progresif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah SelangorKu Hibiscus 3 di Bandar Seri Coalfields, pada 14 September.

Rumah SelangorKu Hibiscus 3 adalah rumah teres tiga bilik dan dua bilik air berharga RM220,000 dengan keluasan 1,080 kaki persegi.

Sementara itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri memantau perkembangan projek Rumah Selangorku yang masih dalam pembinaan.

Katanya, beberapa majlis penyerahan kunci Rumah Selangorku akan berlangsung dalam masa terdekat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74016

Posted by on Sep 16 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE