Selangor desak Putrajaya penuhi janji bantu kawal denggi

KUALA LUMPUR 17 OGOS: Selangor mendesak Putrajaya agar tidak menyalahkan kerajaan negeri dalam usaha menangani wabak denggi, dan sebaliknya segera bertindak menyalurkan peruntukan kepada Selangor seperti dijanjikan sebelum ini.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, sehingga kini, peruntukan RM8 juta yang dijanjikan Putrajaya untuk tujuan itu masih tidak disalurkan kepada Selangor.

“Walaupun kes denggi di negeri ini direkodkan tertinggi namun pelbagai usaha dilaksanakan bagi membendung wabak itu.

“Denggi antara isu yang subjektif. Kerajaan Persekutuan tidak harus menyalahkan Selangor, sedangkan peruntukkan mereka berikan hanya RM8 juta sahaja berbanding tahun sebelumnya.

“Malah, sehingga sekarang peruntukan itu masih belum disalurkan kepada kami,” katanya memetik laporan SelangorKini semalam.

Dr Daroyah berkata, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sehingga kini hanya menyalurkan hanya RM15,500 sahaja bagi menangani wabak tersebut.

“Perkara ini sangat mengecewakan. Mereka menunding jari kepada kerajaan negeri tetapi tidak mahu membantu,” katanya.

Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) menghadapi masalah kehabisan bahan kimia untuk kawalan denggi.

“Oleh itu, kita membenarkan pihak berkuasa tempatan meminjamkan bahan kimia kepada PKD supaya kerja mereka dapat diteruskan,” katanya.

Menerusi Belanjawan 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta berbanding hanya RM1.5 juta bagi tahun 2016.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kawalan dan pencegahan wabak denggi dan zika di Selangor.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70391

Posted by on Aug 17 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE